Rabu, 26 Ogos 2015

7 SEBAB KENAPA PERLUKAN SUPPLEMENT

Seringkali menjadi pertikaian ramai orang tentang pengambilan supplement ini. "Penting ke ambil supplement ni? Supplement mahal la.."

Ini  adalah antara kata-kata orang di luar sana yang tidak menyedari kepentingan supplement pada tubuh badan.Apa yang masuk ke dalam tubuh kita dari makanan seharian,adalah tidak mencukupi kandungan zat dan khasiat.Sebab itulah kita memerlukan supplement sebagai "Makanan Tambahan" untuk menutup kekurangan yang ada pada tubuh kita.

Dengan pengambilan supplement secara konsisten juga dapat mengurangkan risiko tubuh badan daripada jatuh sakit.Mencegah kan lebih baik dari mengubati.Mari kita lihat kenapa kita perlukan supplement.



Sebab-Sebab Kenapa Perlukan Supplement.

1.  Melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian
Dalam sesetengah situasi, tubuh badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi dari makanan yang diambil. Contohnya Vitamin E dan Vitamin C yang diperolehi dari makanan semata-mata tidak mencukupi untuk memberi pencegahan terhadap penyakit dan anti-penuaan.

2.  Kebanyakan buahan dan sayuran telah disembur racun perosak
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya. Buah dan sayuran juga ditanam ditanah yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah dan sayur yang ditanam secara organik. Ini akan mempengaruhi kualiti dan zat yang ada didalam buah-buahan dan sayuran tersebut. Malah, terdapat juga buah dan sayur yang telah di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama!
 
3.  Zat makanan mudah hilang
Zat dan vitamin yang terdapat didalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku.

4. Pengambilan ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang
Dos vitamin yang diperlukan juga tidak mampu dicapai akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan. Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan berkurangan.

6. Gaya hidup tidak sihat
Keperluan nutrisi didalam tubuh juga tidak dapat dipenuhi akibat gaya hidup yang tidak sihat. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol juga menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan.

7. Pencegahan dari awal
Supplement yang diambil dapat membantu kita untuk mencegah beberapa penyakit kritikal. Ini penting sebagai langkah pertama menghindari penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya.

Jadi, walaupun kita mungkin telah mengambil  makanan yang dirasakan sesuai, boleh jadi kita masih sakit dan tidak segar kerana sebab-sebab di atas. Supplement juga merupakan makanan tambahan, bukan bertindak sebagai pengganti. Supplement berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan dan bukan satu-satunya tempat pergantungan untuk mendapatkan nutrisi.

Saya harap anda semua dapat sedikit manfaat dari perkongsian ini.



Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 0137398748
Email : atieatiewan@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts