Isnin, 23 Februari 2015

ULSER USUS

Hai korang..dah lama tak update entry ni...Kali ni sue nak kongsi dengan korang semua tentang Ulser Usus..Pernah dengar tak??

 Dulu sue pernah menghidapi Ulser Usus ni..Alhamdulillah sekarang tidak lagi..Sue pun baru tahu tentang penyakit ni..sebab masa mula-mula sakit sue ingat kena buasir..sebab sue buang najis keluar darah.darah fresh tau,bukan darah yang hitam-hitam..pergi jumpa doktor pun doktor tak cakap yang sue kena Ulser Usus tapi cakap sebab angkat barang berat dan stress..Sekarang sue mengambil supplement Shaklee untuk memastikan kejadian dulu tidak berulang lagi..pemakanan pun harus dijaga..

Jom kita baca mengenai Ulser Usus ni..

Punca usus berdarah

Menurut Dr. Lukman, pendarahan ketika membuang air besar dikategorikan sebagai masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat  terutama di kalangan golongan pada peringkat umur 40 tahun ke atas. Malahan, masalah ini lebih kerap berlaku pada individu yang terlalu banyak mengambil makanan yang kaya dengan serat liat seperti daging dan kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahann. Dan kesannya, individu itu akan mengalami masalah  system perkumuhan.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan pendarahan ketika membuang air besar dan yang paling lazim adalah buasir. Sealin itu, pendarahan juga boleh berlaku disebabkan oleh ulser usus, kanser usus, polip pada rectum dan usus besar serta rekahan pada kulit  saluran dubur. Kebiasaan pendarahan di dalam najis berlaku apabila sel-sel darah merah yang normal terletak di dalam saluran dan pembuluh darah telah keluar dari dinding-dinding usus dan mengalir serta bertakung dalam rongga usus.
Tambah Dr. Lukman lagi, warna dan darah juga sebenarnya berbeza dan secara umum warna boleh memberikan gambaran kasar kepada punca penyakit dan lokasi pendarahan. Jika warna darah yang keluar cerah bermakna penyakit berada dekat dengan kawasan dubur. Ia mungkin disebabkan masalah pada saluran yang menyebabkan salur darah bengkak dan pecah seperti yang berlaku pada pesakit buasir. “Pendarahan berlaku kerana disebabkan najis yang keras dan apabila melalui dinding usus, ia akan bergesel dan menyebabkan dinding usus tersebut luka. Sungguhpun begitu warna najis berbeza mengikut lokasi pendarahan,” katanya.
Jika warna darah merahgelap bermakna pendarahan berlaku pada bahagian usus yang lebih dalam. Ia boleh memberi kesan yang lebih berbahaya seperti kanser usus. Bagi warna najis yang hitam dan melekit seperti tar pula menandakan ada pendarahan di bahagian lebih atas (pangkal) usus, esophagus, perut atau duodenum (usus kecil). Ia juga boleh disebabkan oleh oleh ulser ataupun kanser di dalam organ-organ tersebut. Najis hitam ini terhasil apabila pendarahan berlaku terlalu lama dalam usus besar yang memberikan peluang kepada bacteria bertindak dan menghuraikannya kepada bahan dipanggil hematin dan berbau sangat busuk. Inilah sebabnya apabila berlaku pendarahan rectum pada kali pertama, pesakit disyorkan menjalami pemeriksaan segera.
Selain warna, kuantiti darah juga boleh menjadi tahap penyakit atau masalah yang dihadapi seseorang. Biasanya pendarahan rectum sederhana dikategorikan apabila banyak darah keluar setiap kali buang air besar. Jika kuantiti ini lebih banyak, bermaknan pendarahan sudah berada pada tahap yang serius. Kesan daripada pendarahan yag serius boleh menyebabkan pesakit berasa lesu, pening atau pitam. Kadangkala pesakit juga boleh mengalami symptom tekanan darah rendah terutama apabila berdiri selepas lama duduk di tandas.
Malahan jika berterusan, pesakit boleh mengalami pendarahan yang banyak dan dalam masa yang sama mendapat anemia (kurang darah merah). Kesannya, badan akan cepat berasa letih, mudah mendapat serangan jantung, kaki membengkak dan sebagainya.


Faktor pemakanan

Oleh kerana punca utama masalah usus berdarah disebabkan factor najis keras (bergesel dengan dinding usus menyebabkan luka), maka ia berkait rapatdengan pemakanan yang dimakan. Oleh itu, perlunya dietpemakanan yang seimbang bagi melancarkan proses perkumuhan. Antara diet pemakanan yang disyorkan ialah :
  • Kurangkan makanan yang pedas
  • Lebihkan memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman kampung
  • Perbanyakkan minum air mineral
  • Lebihkan makan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tidak melalui proses pemprosesan lanjut, seperti beras perang, roti mil penuh dan sebagainya


Rawatan

Umumnya, penyakit-penyakit keradangan usus seperti colitis dan proktitis boleh dirawat dengan pengambilan ubat sahaja. Bagaimanapun, jika penyakit anda disahkan sebagai kanser usus maka anda harus menjalani pembedahan major sebelum dibantu oleh rawatan sampingan seperti kemoterapi dan radioterapi. Buasir pula boleh dirawat secara ubat-ubatab di peringkat awal dan apabila telah masuk ke peringkat serius (buasir menjulur keluar dari dubur) ia harus dirawat melalui kaedah pembedahan.
Lebih dramatik jika penyakit ini lambat dirawat kerana ia boleh memberi kesan sampingan kepada kencing berdarah, kanser rahim dan penyakit jantung selain ia akan menghakis dinding-dinding organ berdekatan seperti usus besar dan menyebabkan pendarahan di dalam najis.
Seharusnya pesakit terus berjumpa doctor ataupun pakar gastroenterologi dengan serta-merta. Tindakan pantas ini memberi peluang awal kepada doctor untuk mengesan punca atau penyakit yang menyebabkan pendarahan itu sekali gus  memberikan harapan yang lebih cerah kepada pesakit untuk pulih. Malangnya aa diantara kita ini, yang telah mengalami pendarahan dalam najis dalam kuantiti yang sedikit dan memakan masa bertahun-tahun, tetapi ia masih tidak merujuk kepada doctor. Jika pendarahan ini disebabkan oleh penyakit yang bahaya seperti kanser usus, maka kelewatan ini boleh membunuh.
Pemeriksaan boleh dijalankan melalui endoskopi yang mana ia berfungsi untuk mencari punca pendarahan di dalam najis. Jika pendarahan hitam dan puncanya dijangka dari perut atau usus kecil maka endoskopi atas akan dilakukan melalui mulut.


Sue
supervisor in march 2015
013-7398748 ( sid 1171106 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts